Komputer kena virus?

Lupa letak anti virus?

Anti virus dah rosak?

Da tak boleh nak install anti virus… :( virus dah sekat!

ADAKAH PERSOALAN ITU MENGGANGGU ANDA? 

Jika itu anda atau rakan anda, anda mungkin tak perlu risau lagi! Kerana, da satu perisian yang boleh mengatasi semua persoalan diatas. Tapi, dengan syarat virus yang serang tak memusahkan fail sistem dengan teruk lagi. Apa perisiannya? Boleh lagi ker install anti virus nie… kan virus dah sekat? Perisian ni namanya: PORTABLE ANTIVIRUS. Tak perlu install… Sebab tu masih boleh menjawab soalan tadi. Dah lah! Tak payah cakap banyak! nanti penat nak baca. Kalau tak faham… tanyalah kat bahagian chatting atau komen.

Masuk ke laman blog ni: http://warezportable.blogspot.com/

Kemudian pergi bahagian search, taip: ANTIVIRUS. Pilihlah apa yang anda nak.

Wassallam!

Salam…

Kepada semua peserta KEM ELITE 2009 SMK PENGKALAN… Takziah sifu ucapkan kepada semua peserta yang sakit dan dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan. Harapan sifu agar kalian cepat-cepat sembuh. Untuk makluman, sifu dah beransur sihat dari demam teruk. Alhamdulillah… Sama-sama kita doakan untuk kita semua sentiasa berada di bawah hidayahnya, serta mendapat kebahagian dan kesihatan.  

Di sini ada satu lagu video klip sifu tujukan untuk kalian semua untuk renungan dan muhasabah diri. Terimalah, MUHASABAH CINTA:

Lirik Lagu Muhasabah Cinta - EdCoustic

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

TRANSLATION- Zawjati (My wife)
(as given in the album Da’ani)

I love you the way you are,
I love you the way you were,
No matter what did or will happen,
You are and will be my darling.

You’re my rightful wife, I care not about
Those who like to reproach and irritate me.
It is our destiny to be
Together eternally.

In my heart you instilled love
With grace and good deeds.
Happiness vanishes when you disappear,
Life brightens when you’re there.

Hard is my day
Until you return home.
Sadness disappears
When you smile.

Life turns black
When you’re upset,
So I work hard
To make your wish come true.

You’re my happiness.
May you be happy forever.
Our souls are united
Like soil and plants.

You’re my hope, my peace
My good company and inspiration.
Life is good, no matter how hard it is,
When you’re fine ( more )

Salam… Lagu ini isteriku yang jumpa dan letak diblognya(www.ummuhaq.qulhaq.com) terlebih dahulu. Memandangkan lagu ini menceritakan isi hati seorang suami kepada isterinya, maka kali ini daku masukkan ke blog ini khas untuk isteriku. I LOVE U SO MUCH! DARLING! :) MISS U!

Category: Family  Leave a Comment

Pernah atau tidak anda belajar last minute? Adakah cara belajar, pengurusan masa dan lain-lain aktiviti anda sama sebagaimana awal tahun? Jika YA! Adakah ada peningkatan dalam prestasi pembelajaran anda? Jika TIDAK! InsyaAllah… Ada satu blog yang baru sifu wujudkan (www.belajarlastminute.qulhaq.com) boleh membantu anda! Blog itu sifu wujudkan khas untuk berkongsi kebaikan, keburukan, strategi, teknik dan lain-lain berkaitan BELAJAR last minute. Jadi, sentiasalah mengunjungi blog ini untuk mendapatkan maklumat lanjut. Ingat! Walaupun last minute tetap masih ada masa! Maknanya… Masih ada peluang untuk melakukan sesuatu yang mampu mengubah sesuatu! Gunakanlah baki masa yang ada dengan sebaiknya!

assalamualaikum…

Sudah sekian lama tak update blog ni. Mohon maaf sangat-sangat kepada semua pengunjung. Teramat tak sempat. Terlalu banyak perkara tak dijangka telah berlaku sepanjang tak menulis di blog. InsyaAllah… kalau berkesempatan akan tertulis jugalah di blog ini. Doa-doakan… Apapun, KINI AKU KEMBALI! TERIMALAH… KEMBALI… dari MIRWANA. “tak ada kaitan pun lagu nie dengan kini aku kembali” sekadar renungan kita bersama. wassallam.

Category: Umum  Leave a Comment

f1

ALHAMDULILLAH… Akhirnya siap juga Laman Forum yang mahu disiapkan. Terima kasih atas sokongan semua dalam proses menyiapkan laman itu. Alamatnya; www.forum.qulhaq.com silalah lawat dan berkongsi apa yang patut.

Category: Umum  Leave a Comment

aku-belajar

Aku Belajar

Aku Tidak Dapat Memaksa Orang Lain Mencintai Aku,

Aku Hanya Dapat Melakukan Sesuatu Untuk Orang Yang Aku Cintai… 

Aku Belajar,

Perlukan Masa Bertahun-Tahun Untuk Mendapatkan Kepercayaan

Hanya Beberapa Detik SaHAja Untuk Menghancurkannya… 

Aku Belajar,

Orang Yang Aku Anggap Orang Yang Jahat,

Justeru Adalah Orang Yang Membangkitkan Semangat Hidupku Kembali

Dan Dialah Orang Yang Memberi Perhatian Padaku… 

Aku Belajar,

Persahabatan Sejati Sentiasa Subur ,

Walau Dipisahkan Oleh Jarak Dan Waktu.

Beberapa Di Antaranya Melahirkan Cinta Sejati… 

Aku Belajar,

Jika Seseorang Tidak Menunjukkan Perhatian Seperti Yang Aku Inginkan,
Bukan Bererti Dia Tidak Mencintaiku…
 

Aku Belajar,

Sebaik-Baiknya Pasangan Itu,
Mereka Pasti Pernah Melukai Perasaanku,

Kecil Atau Besar Luka Itu…

Dan Untuk Itu Aku Harus Memaafkannya…

Aku Belajar,

Aku Harus Belajar Mengampuni Diri Sendiri Dan Orang Lain…
Kalau Tidak Mahu Dikuasai Perasaan Bersalah Terus Menerus….

Aku Belajar,

Seteruk Manapun Patah Hati Itu,

Dunia Tidak Pernah Berhenti Hanya Karena Semua Kesedihan Ku…

Aku Belajar,

Aku Tidak Mampu Mengubah Orang Yang Aku Sayangi,

Tapi Semua Itu Bergantung Pada Diri Mereka Sendiri…

Aku Belajar,

Persekitaran Dapat Mempengaruhi Peribadiku,

Tapi Akulah Yang Harus Bertanggung Jawab Untuk Apa Yang Aku Telah Lakukan…

Aku Belajar,

Dua Manusia Dapat Melihat Sebuah Benda,
Tetapi Kekadang Dari Sudut Pandangan Yang Berbeza….

Aku Belajar,

Tidaklah Penting Apa Saja Yang Aku Miliki,
Tapi Yang Penting Adalah Siapakah Aku Ini Sebenarnya….

Aku Belajar,

Tidak Ada Yang Segera Atau Serba Cepat Di Dunia Ini,

Semuanya Memerlukan Proses Dan Pertumbuhan,

Kecuali Aku Ingin Sakit Hati.

Aku Belajar,

Aku Harus Memilih Apakah Menguasai Sikap Dan Emosi…

Atau Apakah Sikap Dan Emosi Itu Yang Menguasai Diri Ku…

Aku Belajar,

Aku Punya Hak Untuk Marah,

Tetapi Itu Bukan Berarti Aku Harus Benci Dan Berlaku Bengis…

Aku Belajar,

Kata-Kata Manis Tanpa Tindakan

Adalah Saat Perpisahan Dengan Orang Yang Sangat Aku Cintai…

Aku Belajar,

ORANG-ORANG YANG AKU KASIHI

Sering Diambil Segera Dari Kehidupan Ku…

 

 

(aNONIM - dISUSUN ATUR KEMBALI OLEH SIFUTAJ)

Category: Puisi  Leave a Comment

Alhamdulillah… Akhirnya siap juga album dalam bentuk web khas untuk peserta kursus di Politeknik Sultan Azlan Shah baru-baru ini. Jemputlah masuk dan muat turun… Ini alamatnya: www.album.qulhaq.com/psas

psasalbum

InsyaAllah… Untuk peserta program yang dikendalikan sifu, anda akan ada album yang tersendiri. Untuk makluman, album yang bakal menyusul tidak lama lagi khas untuk peserta kursus kepimpinan di Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor (SMTKS). Tunggu… J

Category: 3K-PSAS  Leave a Comment

boycottisrael

BERIKUT ADALAH SENARAI BARANGAN KELUARAN MUSUH UTAMA DUNIA! SAMA-SAMA KITA BOIKOT DAN CARI ALTERNATIF MENGGANTIKAN BARANGAN TERSEBUT!!!

boikot

Category: Umum  Leave a Comment

savepalestine

SELAMATKAN PALESTIN!!! Jeritan kita tak mampu didengari. Tenaga perjuangan tak mampu kita berikan. Ketika ini, hanya satu yang boleh dan mampu dilakukan! Ayuh! Teman! Sahabat! Saudara-saudaraku! Kirimkan DOA untuk mereka! Dapatkan PANDUAN DOA QUNUT NAZILAH di laman blog ummuhaq: www.ummuhaq.qulhaq.com.